Friday, 18 September 2015

Tetamu Allah

Fasa 1

Demi ibu yang tercinta....aku berusaha mencari jalan membawanya ke tanah suci mekah. usiaku 30 tahun dan aku anak perempuan menyukarkan aku merealisasikan impian ibu. Abah pula tak sempat ke Mekah kerana lebih awal dijemput ilahi. Mulanya aku terpaksa membatalkan hasrat membawanya ke Makkah kerana aku perlu bertugas sebagai pengawas SPM tahun ini. Selepas berbual dengan sahabatku Diyana dia mencadangkan aku pergi bersama Az Shiraz Turizm... Sahabat di sekolahnya pernah bersama agensi ini menunaikan umrah dan perkhidmatan mereka memuaskan. Melalui panggilan telefon dan Mesej ,Puan Zawiyah menyatakan masih ada 10 tempat kosong. Harga yang ditawarkan ialah 6600 untuk 3 orang sebilik. Aku ingin pergi bersama ibu dengan berwalikan anak saudara. Namun, dugaan pertama anak saudara memang mahramku tetapi bukan waliku...tambahan pula usianya baru 16 tahun juga tidak boleh ke Makkah tanpa walinya iaitu ayahnya sebab usia masih dibawah 18 tahun.  Aku pula belum mencapai usia 45 tahun dan perlu ditemani wali dari adik beradik lelaki sahaja. Berita itu ibu terima dengan sedikit kekecewaan. Aku cuba menghubungi adik bongsu di Melaka. Alhamdulillah adik tanpa was-was mahu menemani kami bersama-sama menunaikan umrah. Syukur  Allah beri jalannya. Seminggu kemudian aku membayar deposit Rm 1500 utk tiga nama. Selebihnya perlu dilunaskan sebelum 10.10.2015. Alhamdulillah

Fasa 2

Alhamdulillah proses menyediakan dokumen untuk menjalankan umrah berjalan dengan lancar. Walau banyak juga dugaan, kesabaran dan pertolongan Allah menjadikan kesukaran itu diatasi juga. Buat teman-teman yang berhasrat menjalankan Umrah berikut dokumen-dokumen penting yang mesti ada untuk menyediakan visa pelepasan ke luar negara.

1. Salinan KP yang disahkan oleh pejabat pendaftaran.

2. Salinan surat beranak yang disahkan oleh pejabat pendaftaran

3.Passport dan salinan passport yang disahkan Imigresen. kos Rm200.00

4. Surat beranak ayah dan ibu yang disahkan pejabat pendaftaran bagi muslimah yang belum mencapai usia 45 tahun yang ditemani adik atau abang.

5. Gambar berukuran 4x6cm background putih tudung hitam/ lelaki tanpa kopiah

6. Surat mati ayah jika ayah sudah meninggal yg disahkan pejabat pendaftaran bagi muslimah yang belum mencapai 45 tahun yang ditemani adik atau abang.

7. Sijil nikah ibu dan ayah yang disahkan oleh pejabat agama

8. Suntikan Meningococcal Meningitis. Sekitar Rm100-150. Ambil di mana2 klinik swasta islam. Tak banyak klinik yang buat. Lebih mudah bertanya rakan2 yang pernah pergi umrah.

Pengesahan dokumen amat penting. Bawa salinan asal semasa ingin membuat pengesahan. kalau tidak anda tidak dilayannnnnn.....

Fasa 3

Sabtu, taklimat ringkas oleh Tuan Haji Abu Bakar . Muhasabah diri tentang tujuan sebenar menjalankan umrah.

Fasa 4

27 Oktober 2015.
Adik bawa mak ke TH untuk ambil duit. Minggu ni duit baki mesti diserahkan sebelum 2 Oktober. Tapi urusan tersebut masih belum diizinlan Allah. Bank tutup rupanya....Cobaan...

29 Oktober 2015
Aku memohon dari pengetua untuk pulang awal. Hari ni kena ambil mak di kampung. Balik ja ambil mak ke TH. Sampai dikaunter baru mak sedar Kad pengenalannya tak dibawa. Aduhai...coobaaannnn.... tak pa sabar. Aku sahaja yang keluarkan duit simpanan. Esok kena datang balik...petang tu hantar mak dan ambil ic. Malam bertolak ke lunas semula. Kali ni mak tido rumah aku.

30 Oktober 2015
..balik sahaja dari sekolah terus solat dan bawa mak pergi tabung haji. Alhamdulillah kali ini semuanya lancar. Hari ni aku dah janji dengan puan Zawiyah nak bank in baki duit. Disebabkan nilai ringgit jatuh...kami terpaksa menambah duit pakej Umrah. tak apa cobaan...sabarrrr....Petang tu aku beratur panjang di stesen minyak petronas. Duit ni aku depositkan dulu ke akaun aku. Kononnya nanti mudah nak transfer ke akaun Shiraz turizm...nak deposit kan cash money tu pasti ambil masa. sekali masuk boleh 100 keping sahaja. empat kali proses, selesai. Pusing belakang ramai dah beratur...maaf ya...maaf...tu ja mampu aku ucap...segan juga...tengok orang yang hampir marah kita rasa cuak juga. Kemudian pergi ke Maybank pula. Sebab Mesin ATM di petronas tu semua rosak... hanya mesin CDM saja berfungsi. Di sana nasib agak baik. tak ramai pelanggan. Tapi aku hanya boleh transferred max 10k saja sehari.Aduhai...bersambung esok la misi pembayaran ni. x pa sabar cubaan..

1 Oktober 2015... Hari ni balik sekolah pergi Caltex. Transfer duit baki  RM 8924.00 Alhamdulillah,,,,Missions Completed. Finally.....Alhamdulillah...semoga Allah permudahkan urusan2 seterusnya.... InsyaAllah....Amin

Fasa 5
Nak share dengan sesiapa yg terbuka entry ni Semoga bermanfaat...Umrah ni hanya ambil masa singkat. Sekurang-kuranya 2 minggu. Jadi bagi wanita atau gadis2 pasti risau kalau2 sahabat baiknya datang pada waktu dan ketika kita ingin ibadat yang terbaik...Siapa sahabat tu? HAID.

Bermula bulan 9 aku dah mula mengira dan meneliti kitaran Haid aku.  Sblm ni tak ambil berat sangat. Asal tiap bulan besua, cukup harinya dan normal rutinnya aku dah tak risau. Tapi kali ni aku perlu hati2 sebab takut masa di Mekah atau Madinah nanti ibadatku hanya zikir sahaja. Semoga Allah permudahkan aku menjalankan sebanyak mana ibadat yang semampunku di sana.

Ok berbalik kepada Sahabat tadi... Kira dan telitikanlah kitaran haid kita. Bermula datang hingga habis campur cukupkan 25 hari. ini untuk yang normal. Kira sehingga tarikh kita akan bertolak ke Mekkah...kiranya tarikh kitaran haid itu datang jatuh tarikh2 kita di sana, janganlah risau. Ada cara lain untuk mengelakkannya. Pergi ke klinik dan minta ubat menghentikan haid. Atas nasihat doktor, ambilah pada waktu yang sesuai dan pastikan pilih produk yang disahkan oleh kementerian Kesihatan Malaysia...semoga kita dikurniakan Umrah yang diberkati, dirahmati dan diredhai. Umrah yang Mabruk....Labai Kallah hummalabbai...

Fasa 6

Kali ni saya nak kongsi ilmu dalam nak menukar mata wang asing...Sekarang mata wang Malaysia semakin jatuh... makin lama nilai mata wang Malaysian Ringgit (MAR) makin rendah. Hari ni dibandingkan dengan 1.00 USD nilai MAR ialah 4.13. Nilai ini meningkat sikit berbanding beberapa hari sebelum ini. Jadi kita boleh ambil risiko menunggu kestabilan mata wang Malaysia atau ambil langkah menukar segera mengelakkan nilai ini makin jatuh dan makin sikit nilai tukaran yang kita terima. Berbanding USD, Nilai Saudi Arabia Rial (SAR) lebih rendah. Perbezaannya tidak terlalu jauh. 1.00 ringgit bersamaan 1.10 rial. Nilai ini lebih rendah berbanding awal September lepas. Jadi ini masa yang sesuai untuk menukar mata wang rial. Saya bimbang jika menunggu lagi. mungkin nilai ini akan meningkat kembali.

Tempat-tempat menukar matawang ni banyak. Cari saja pusat-pusat pengurup wang berlesan di seluruh Malaysia. Paling mudah di pasar raya2 seperti Megamall, Giant, Tesco dan lain-lain. kita boleh pergi ke pengurup2 wang ni untuk meninjau perbandingan komisyen yang dikenakan. Tapi biasanya komisyen yang dikenakan tidak banyak beza di satu tempat dengan tempat yang lain. Anda boleh call setiap tempat untuk meninjau best rate...tapi pastikan tinjauan anda tu jgn sampai merugikan balik. Ya lah kos ulang alik ke pusat pengurup wang, minyak kereta, tol dan kos kreadit fone kena ambil kira juga.

Berbanding di Bank, pengurup wang berlesen beri nilai tukaran yang lebih tinggi. Jadi lebih berbaloi. Apa pu, bagi yang membawa tukaran tunai, hati-hati semasa membawa wang tukaran...bahaya ada di mana2. Pergilah dengan rakan. bimbang peragut atau perompak memerhatikan kita. ok bye...






No comments:

Post a Comment